Resipi 1 Minit : Kek Cawan Lobak Merah bersama Krim Keju

Masakan rendah kalori, senang dimasak dan sedap!

Bahan-bahan (Kek): (Untuk Diayak)
1. 100 gram tepung gandum
2. 1/2 sudu kecil serbuk penaik
3. 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
4. 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
5. 1/2 sudu kecil garam
6. 100 gram lobak merah (diparut)
7. 80 gram nenas (dipotong kiub)
8. 20 gram kismis
9. 50 gram kacang walnut (dipanggang & dicincang kasar)
10. 25 ml air
11. 1 biji telur
12. 90 gram minyak jagung
13. 30 gram SweetRoyale Pemanis Stevia

Bahan-bahan (Aising) : 
1. 125 gram krim keju
2. 75 gram mentega (tidak bergaram)
3. 25 gram SweetRoyale Pemanis Stevia
4. 1/2 sudu kecil esen vanila

Cara-cara (kek):

1. Pukul SweetRoyale Pemanis Stevia dan telur sehingga kembang. Masukkan minyak dan pukul sehingga sebati.
2. Masukkan bahan tepung yang telah diayak dan gaul sehingga sebati.
3. Masukkan lobak merah, dan semua bahan lain dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan 1/3 penuh dan bakar pada suhu 160 darjah selsius selama 30 minit.
5. Sejukkan dan paipkan aising krim keju.

Cara-cara (aising krim keju):
1. Pukul semua bahan sehingga kembang. Sedia untuk dipaip atas kek cawan.

Boleh dapatkan SweetRoyale Pemanis Stevia ini di outlet @royalepharma yang berdekatan atau secara online di website RoyalePharma, Lazada, 11street dan Shopee.

Selamat Mencuba!

31762184_247526265988718_7656784712798568448_n