Resipi 1 Minit : Akok Kedut Pandan SweetRoyale

Masakan rendah kalori, senang dimasak dan sedap!

Bahan-bahan:
5 biji telur
200ml santan (1 kotak kecil)
50 gram SweetRoyale Pemanis Stevia
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan (dikisar dengan 100ml air, ditapis)
Secubit garam

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius
2. Campur dan kisar kesemua bahan di atas menggunakan pengisar
3. Tapis adunan
4. Sapu minyak pada acuan dan panaskan seketika ke dalam ketuhar selama 15 minit
5. Keluarkan acuan dari ketuhar dan masukkan adunan tadi
6. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 15-20 minit. Siap!

Boleh dapatkan SweetRoyale Pemanis Stevia ini di outlet @royalepharma yang berdekatan atau secara online di website RoyalePharma, Lazada, 11street dan Shopee.

Selamat Mencuba!

IMG-20180523-WA0006